Friday 28 October 2016

DIYbyMamaMedina - Busy Book

assalamualaikum

dah lama tak bersiaran kat blog. blog pun bukan setakat bersawang tapi dah semak samun rasanya.

harini saja nak post diy busy book untuk anak mama. projek diy ni dah lama terbelangkai. dua tiga hari ni baru mula nak buat balik. nanti dah siap mama post balik ye tentang diy busy book ni.

sekarang layan dulu teaser gambar-gambar diy busy book yang ada.



Friday 12 February 2016

Home Sweet Home - Preparation untuk masuk rumah baru

Assalamualaikum...

Bercerita mengenai home sweet home tak abis untuk satu entry je. bila nak masuk rumah baru ni memang banyak la nak kena spend duit. Bermula misi jimat cermat aku hihi..aku dulu soping tak ingat dunia. kat cini aku nak bagi tip sikit bagi nak masuk umah at least yang baru nk masuk umah tu boleh la mula menabung sikit-sikitkan.

1. Pendaftaran air - RM100 lebih
2. Pendaftaran api (elektrik) - RM200 lebih
3. Wiring (lampu, kipas, heater, aircond dll) - RM 1k lebih gak - Ni bergantung la leh survey mana murah (harga ni hanya untuk wiring sahaja kos lampu kipas tak termasuk ye)
5. Grill - ni penting untuk safety - RM 1k lebih ikut design & jenis
6. kitchen cabinet - RM6k lebih ikut design & jenis

Sebelum nak masuk umah aku buat yang mana rasa penting dulu, macam grill sebab takut kan sekarang banyak sangat kes pecah rumah. Yang lain tu wat slow-slow dulu ikut budget yang ada.
ok setakat ni dulu. tunggu next entry ye.

Wassalam

Thursday 11 February 2016

Home Sweet Home - We get the key

alhamdulilah tahun 2016 adalah permulaan yang baik bagi aku keluarga kecil aku ni. bercerita mengenai home sweet home aku ni. aku dan suami decide untuk beli rumah ni dalam bulan september 2014 dan disember 2014 semua urusan pembelian alhamdulilah selesai.Kami tekad jugak nak beli tahun 2014 sebab tahun 2015 dah bermulanya tahun disaster sebab GST nak dilaksanakan.
alhamdulilah urusan kami dipermudahkan. 

Ni la home sweet home aku..kecik je 22'x 70'

wassalam