Assalamualaikum...
Bercerita mengenai home sweet home tak abis untuk satu entry je. bila nak masuk rumah baru ni memang banyak la nak kena spend duit. Bermula misi jimat cermat aku hihi..aku dulu soping tak ingat dunia. kat cini aku nak bagi tip sikit bagi nak masuk umah at least yang baru nk masuk umah tu boleh la mula menabung sikit-sikitkan.
1. Pendaftaran air - RM100 lebih
2. Pendaftaran api (elektrik) - RM200 lebih
3. Wiring (lampu, kipas, heater, aircond dll) - RM 1k lebih gak - Ni bergantung la leh survey mana murah (harga ni hanya untuk wiring sahaja kos lampu kipas tak termasuk ye)
5. Grill - ni penting untuk safety - RM 1k lebih ikut design & jenis
6. kitchen cabinet - RM6k lebih ikut design & jenis
Sebelum nak masuk umah aku buat yang mana rasa penting dulu, macam grill sebab takut kan sekarang banyak sangat kes pecah rumah. Yang lain tu wat slow-slow dulu ikut budget yang ada.
ok setakat ni dulu. tunggu next entry ye.
Wassalam