Thursday, 28 February 2013

Selamat Tinggal Februari

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung februari.
Setiap bulan rasa sekejap je berlalu kan. Korang rasa camna??? ke aku je rasa macam tu hehehe
Sedar tak sedar jugak dah tinggal 6 bulan lagi untuk "Big Day" aku...huhhhhhh mengeluh la pulak. 6 bulan sekarang sekejap je.

Persiapan aku rasa baru 20% je kut.tapi takpe lepas ni kena la bertungkus-lumus buat beul-betulkan.
sebab sekarang ni aku sibuk menyibukkan diri dengan persiapan majlis kawan-kawan aku dulu. yela majoriti masing-masing nak tamatkan zaman bujang tahun ni. aku akan updatekan entri pasal persiapan kawen kawan-kawan aku dulu..Teruja sangat heheheh...

Wassalam....

Tuesday, 26 February 2013

Braces 3rd review

Assalamualaikum...

dah lama aku tak update pasal braces. masuk bulan ni kiranya dah genap sebulan la aku pakai braces.
first time pakai tu rasa lain macam je. yela tiba-tiba je ada benda lain dalam mulut..memang la pelik rasa.

minggu pertama pakai tu, adoiiiii berdenyut-denyut gigi semua. tu perkara biasa la Dr. ckp sebab tu proses dia menarik gigi tu. dalam seminggu tu jugak la makanan aku cuma la bubur..yela nak makan benda-benda lain tak boleh gigi masih sakit lagi.

dalam seminggu tu jugak la mulut aku ni kena ulser. takde la teruk tapi sakit-sakit la jugak..
tu pun simptons biasa la bila dah pakai braces ni. selepas sebulan dah pakai aku pun dah terbiasa la dengan pemakaian braces ni. buat masa sekarang takde masalah lagi la.

Wassalam

Cik Pesona

Assalamualaikum...

Seronoknya hari ni..Cik Pesona aku dah pun kuar...
Tak sabar rasanya nak drive nanti walaupun takut-takut gak.
Lantak la nanti kena hon ke ada aku kesah..(tangan dibahu mata keatas) heheheh

Cik Pesona aku ni warna hitam. warna yang aku idam-idamkan takde stok la plak..tapi takpelah janji ada daripada takde langsung.

Hujung bulan depan barulah aku nak balik ambik kt kampung. Semesti la aku tak berani nak drive sorang-sorang dari kedah ke KL. Pe lagi Cik Asam Pedas a.k.a tunang aku la terpaksa temankan aku balik amik Cik Pesona aku tu..

Wassalam...

Friday, 22 February 2013

Project D.I.Y

Assalamualaikum...

Dalam dua tiga hari ni  aku sibuk dengan projek D.I.Y bunga telur untuk ofismate aku yang akan menamatkan zaman bujangnya bulan 6 ni..

Aku dengan sukarelanya meng"offer"kan diri nak D.I.Y bunga telur dia. Jadi minggu lepas kami pun bershopping la ke Nilai beli barang-barang untuk projek D.I.Y kami tu.

Untuk next entri aku postkan gambo bunga telur yang kami D.I.Y tu.

Wassalam

Wednesday, 9 January 2013

Braces 2nd Review

Assalamulaikum...

Semalam 2nd appointment with Dr.gigi dan semalam juga proses untuk buat scalling(cuci gigi) dah pun siap buat.
 Selepas buat scalling aku terus je buat acuan untuk buat braces. Kos untuk buat acuan braces ni RM 150.
Total semua scalling dan buat acuan tu RM 410..perghhh banyak agak dah aku melabur...huhuhuhu..tak pe semua ni demi nak gigi cantik heheheh...


Wassalam..

Thursday, 27 December 2012

2nd appointment for braces

Assalamualaikum...

Hari ni 2nd appointment aku ngan Dr.Gigi untuk permulaan nak pakai braces.Mai aku listkan prosedur yang nak kena buat sebelum hampa (korang) semua yang ada hati nak pakai braces (pagaq gigi tu heheehe)..

Tengok gambar kat sebelah, tu la benda alahnya braces.
Mana la tau kan ada yang tak tau benda apa tu braces tu.

First sebelum hampa nak pakai braces:-

1. budget (hahahaha ni sangat penting kalau RM a.k.a budget tak da jangan la hampa duk mengatai nak pakai benda ni)

2. Survey dulu mana-mana klinik gigi yang meyediakan atau menawarkan perkhidmatan braces ni. Kalau bahasa sainstifik dia panggil orthodontic. Tengok kos yang depa (diorang) kenakan. Setiap klinik tak sama, ada yang murah ada yang mahal. Klinik yang aku nak buat ni kos semua RM5000..Deposit RM1500,bulanan RM145..jangan risau bukannya kena bayaq sekaligus RM5000 tu..Klinik kat Ampang.KLINIK IDRAMAWAR.

3. Dah pilih klinik mana yang hampa berkenan, so buat la appointment untuk consultation. Kira sesi consultation ni Dr. akan bagi advise la samada sesuai pakai braces ke tidak. Kos untuk consultation ni dalam rate RM30 macam tu la.

4. Selepas consultation tu Dr. akan suruh hampa pi buat X-ray untuk tengok keadaan gigi dan gusi kita ni. Kos untuk buat X-ray ni RM110 sahaja. Tak semua tempat ada buat X-ray ni. Kalau kawasan Ampang ni kat Hospital Ampang Puteri dengan Hospital Gleneagles ni yang terdekat la. Selepas buat X-ray Dr. akan cek la samada gigi kita sesuai pakai braces ke tak.

Ok setakat ni dulu la aku kongsi dengan hampa.Len entri aku updates len pasal pemakaian braces ni. In Shaa Allah.



Wassalam.........


 

Friday, 14 December 2012

Alhamdulilah..Berakhirnya Sumpahan Bukit

Assalamualaikum...

Hahahahahaaaaa...gelak besaq-besaq..
Mesti hampa semua pelik kan bila baca entri ni...yela sumpahan bukit..
Dah macam slot seram kt TV3 tu ja..Sumpahan bukit untuk aku yang amik lesen memandu ni...

Nak jadikan cerita la aku ni amik test memandu dah kali ketiga baru lepas,,
1st time amik test jalan raya je lulus, ujian bukit xlepas gak..2nd time pn ujian bukit xlepas jgak..ni yang aku katakan aku ni dh terkena SUMPAHAN BUKIT hahahahah...

Dan HARI INI DALAM SEJARAH aku dh pn lulus ngn jayanya ujian bukit tu wat kali ke TIGA..mmg sejarah la amik ujian sampai 3 kali..wat malu ja makcik kt kg aku tu skali amik pn dh lulus..

Yang aku hangin nya time aku balik kg ja makcik tu siap tnya macam ni.."Ani hg amik lesen xlpaih lg ka????? makcik dlu amik skali ja lpaih dh aihh...Aku pn wat xtau ja...

Dengan bangga ari ni aku ngan rasmi nya dh lulus dan 

BERAKHIRNYA SUMPAHAN BUKIT(alhamdulilah amin...heheheh)sengeih 24jam aihh... :)

Wassalam......