Tuesday 3 December 2013

Hello Disember

Assalamualaikum...
Bila muncul bulan Disember itu sudah bermakna tahun 2013 akan melabuhkan tirainya.
Banyak kenangan dan memori sedih gembira yang terjadi sepanjang tahun 2013. Dekat sini aku senaraikan suka duka yang aku tempoh sepanjang tahun 2013 

Januari       - Oh gigi besi (aku mula pakai braces dan mula dikenali sebagai Si Gadis Gigi Besi)
Febuari      - Memiliki kereta impian (kereta impian nak kereta Honda tapi mampu beli Pesona je hihihihi)
Mac           - Persiapan kahwin My BFF cik Lia a.k.a Marliaq 
April           - Wedding of The Year my BFF - Lia a.k.a Marliaq (hahahah)
Mei            - Berkrusus menuju gerbang perkahwinan bersama En.Tunang
Jun             - My birthday (tak dapat hadiah birthday dari En.Tunang sebab gigih simpan duit nak kahwin)
Julai            - Sibuk dengan persiapan aku punya wedding
Ogos           - Tamatkan zaman bujang (30/31 Tarikh Keramat)
September  - Resepsi sebelah Suami a.k.a En.Asam Pedas
Oktober     -  1st time beraya dengan keluarga mertua
November  - 2nd honeymoon Pulau Pangkor (impian nak ke Krabi hold dulu ye)
Disember    - Jumpa tahun depan 2014 harap-harap ada berita yang gembira (dari berdua kepada bertiga                          Inshaallah)

Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ni. Inshaallah dengan izinmu Ya Allah
Wassalam...

Thursday 26 September 2013

Alhamdulilah Terpatri Sudah 30082013

Assalamualaikum........

30.08.2018 - 6.10 p.m
Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku dah bergelar isteri kepada En. Asam Pedas.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T memudahkan segala urusan kami Ya Allah.
To my luvly family terima kasih sesangat banyak membantu.
To arwah ayah dan arwah mak, anak mak dengan ayah dah kawen dah.
Sedih sangat sebab mak dengan ayah tak sempat tengok anak-anak mak ayah kawen.
Al-Fatihah buat arwah mak dengan ayah. Semoga mak dengan ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Amin Ya Rabbal A'lamin

Wassalam...

Thursday 23 May 2013

Bride 2 be - Project 1

Assalamualaikum 

Rasanya dah hampir 3 bulan aku tak update aku punya blog ni. Bukan takda benda nak story-story tapi tak berkesempatan nak update. Cehh macam sibuk sangat mengalahkan menteri pulak ye.

Dua tiga bulan lepas aku ni sibuk menyiapkan hantaran kawan-kawan aku yang masing-masing berlumba menamatkan zaman bujang tahun ni jugak (tak terkecuali aku jugak ye hihihi). Dengan 1% kekreatifan yang aku ada aku tolong la kawan-kawan aku ni mendecokan hantaran-hantaran diorang ni. Amik masa jugak la cari-cari idea kat internet ni nak cari idea-idea ala-ala retisss uolss. So kt bawah ni korang tengok la hasil kerja-kerja aku yang cuma ada 1% kekreatifan ni hehehehe.



bunga-bunga ni aku beli dekat Semua House beli 1 percuma 1 jimat kan 



reben-reben yang xberapa nak menjad hahaha!!!!

jambangan-jambangan bunga siap dicantumkan



ni hantaran-hantaran masa wedding...done!!!

Thursday 28 February 2013

Selamat Tinggal Februari

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung februari.
Setiap bulan rasa sekejap je berlalu kan. Korang rasa camna??? ke aku je rasa macam tu hehehe
Sedar tak sedar jugak dah tinggal 6 bulan lagi untuk "Big Day" aku...huhhhhhh mengeluh la pulak. 6 bulan sekarang sekejap je.

Persiapan aku rasa baru 20% je kut.tapi takpe lepas ni kena la bertungkus-lumus buat beul-betulkan.
sebab sekarang ni aku sibuk menyibukkan diri dengan persiapan majlis kawan-kawan aku dulu. yela majoriti masing-masing nak tamatkan zaman bujang tahun ni. aku akan updatekan entri pasal persiapan kawen kawan-kawan aku dulu..Teruja sangat heheheh...

Wassalam....

Tuesday 26 February 2013

Braces 3rd review

Assalamualaikum...

dah lama aku tak update pasal braces. masuk bulan ni kiranya dah genap sebulan la aku pakai braces.
first time pakai tu rasa lain macam je. yela tiba-tiba je ada benda lain dalam mulut..memang la pelik rasa.

minggu pertama pakai tu, adoiiiii berdenyut-denyut gigi semua. tu perkara biasa la Dr. ckp sebab tu proses dia menarik gigi tu. dalam seminggu tu jugak la makanan aku cuma la bubur..yela nak makan benda-benda lain tak boleh gigi masih sakit lagi.

dalam seminggu tu jugak la mulut aku ni kena ulser. takde la teruk tapi sakit-sakit la jugak..
tu pun simptons biasa la bila dah pakai braces ni. selepas sebulan dah pakai aku pun dah terbiasa la dengan pemakaian braces ni. buat masa sekarang takde masalah lagi la.

Wassalam

Cik Pesona

Assalamualaikum...

Seronoknya hari ni..Cik Pesona aku dah pun kuar...
Tak sabar rasanya nak drive nanti walaupun takut-takut gak.
Lantak la nanti kena hon ke ada aku kesah..(tangan dibahu mata keatas) heheheh

Cik Pesona aku ni warna hitam. warna yang aku idam-idamkan takde stok la plak..tapi takpelah janji ada daripada takde langsung.

Hujung bulan depan barulah aku nak balik ambik kt kampung. Semesti la aku tak berani nak drive sorang-sorang dari kedah ke KL. Pe lagi Cik Asam Pedas a.k.a tunang aku la terpaksa temankan aku balik amik Cik Pesona aku tu..

Wassalam...

Friday 22 February 2013

Project D.I.Y

Assalamualaikum...

Dalam dua tiga hari ni  aku sibuk dengan projek D.I.Y bunga telur untuk ofismate aku yang akan menamatkan zaman bujangnya bulan 6 ni..

Aku dengan sukarelanya meng"offer"kan diri nak D.I.Y bunga telur dia. Jadi minggu lepas kami pun bershopping la ke Nilai beli barang-barang untuk projek D.I.Y kami tu.

Untuk next entri aku postkan gambo bunga telur yang kami D.I.Y tu.

Wassalam

Wednesday 9 January 2013

Braces 2nd Review

Assalamulaikum...

Semalam 2nd appointment with Dr.gigi dan semalam juga proses untuk buat scalling(cuci gigi) dah pun siap buat.
 Selepas buat scalling aku terus je buat acuan untuk buat braces. Kos untuk buat acuan braces ni RM 150.
Total semua scalling dan buat acuan tu RM 410..perghhh banyak agak dah aku melabur...huhuhuhu..tak pe semua ni demi nak gigi cantik heheheh...


Wassalam..