Thursday 28 February 2013

Selamat Tinggal Februari

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah sampai pun hujung februari.
Setiap bulan rasa sekejap je berlalu kan. Korang rasa camna??? ke aku je rasa macam tu hehehe
Sedar tak sedar jugak dah tinggal 6 bulan lagi untuk "Big Day" aku...huhhhhhh mengeluh la pulak. 6 bulan sekarang sekejap je.

Persiapan aku rasa baru 20% je kut.tapi takpe lepas ni kena la bertungkus-lumus buat beul-betulkan.
sebab sekarang ni aku sibuk menyibukkan diri dengan persiapan majlis kawan-kawan aku dulu. yela majoriti masing-masing nak tamatkan zaman bujang tahun ni. aku akan updatekan entri pasal persiapan kawen kawan-kawan aku dulu..Teruja sangat heheheh...

Wassalam....

Tuesday 26 February 2013

Braces 3rd review

Assalamualaikum...

dah lama aku tak update pasal braces. masuk bulan ni kiranya dah genap sebulan la aku pakai braces.
first time pakai tu rasa lain macam je. yela tiba-tiba je ada benda lain dalam mulut..memang la pelik rasa.

minggu pertama pakai tu, adoiiiii berdenyut-denyut gigi semua. tu perkara biasa la Dr. ckp sebab tu proses dia menarik gigi tu. dalam seminggu tu jugak la makanan aku cuma la bubur..yela nak makan benda-benda lain tak boleh gigi masih sakit lagi.

dalam seminggu tu jugak la mulut aku ni kena ulser. takde la teruk tapi sakit-sakit la jugak..
tu pun simptons biasa la bila dah pakai braces ni. selepas sebulan dah pakai aku pun dah terbiasa la dengan pemakaian braces ni. buat masa sekarang takde masalah lagi la.

Wassalam

Cik Pesona

Assalamualaikum...

Seronoknya hari ni..Cik Pesona aku dah pun kuar...
Tak sabar rasanya nak drive nanti walaupun takut-takut gak.
Lantak la nanti kena hon ke ada aku kesah..(tangan dibahu mata keatas) heheheh

Cik Pesona aku ni warna hitam. warna yang aku idam-idamkan takde stok la plak..tapi takpelah janji ada daripada takde langsung.

Hujung bulan depan barulah aku nak balik ambik kt kampung. Semesti la aku tak berani nak drive sorang-sorang dari kedah ke KL. Pe lagi Cik Asam Pedas a.k.a tunang aku la terpaksa temankan aku balik amik Cik Pesona aku tu..

Wassalam...

Friday 22 February 2013

Project D.I.Y

Assalamualaikum...

Dalam dua tiga hari ni  aku sibuk dengan projek D.I.Y bunga telur untuk ofismate aku yang akan menamatkan zaman bujangnya bulan 6 ni..

Aku dengan sukarelanya meng"offer"kan diri nak D.I.Y bunga telur dia. Jadi minggu lepas kami pun bershopping la ke Nilai beli barang-barang untuk projek D.I.Y kami tu.

Untuk next entri aku postkan gambo bunga telur yang kami D.I.Y tu.

Wassalam