Tuesday 27 May 2014

Prenancy Story - sapa kat dalam tu???

assalamualaikum 

bagi semua ibu yang mengandung mesti banyak pengalaman yang terjangka dek akal kita kan. pengerakan baby dalam perut, moment yang tak dapat dilupakan. masuk 18minggu aku mengandung, aku dah dapat rasa macam ada denyut-denyut kat dalam perut. bagi 1st time mengandung mesti takda pengalaman dan tak tau macam mana baby bergerak dalam tu kan. dalam hati aku ni dah tertanya-tanya baby bergerak ke rasa berdenyut-denyut ni. pastu tanya la kwan-kawan yang ada pengalaman, diorang cakap tu memang pengerakan baby. 

ya Allah memang pengalaman yang indah sangat. tiap kali rasa baby bergerak rasa nak menitis air mata ni. betapa besarnya anugerah ni. dalam masa aku duk menulis entry ni, baby still duk gerak-gerak lagi.

sekarang dah 23minggu. my little caliph ni sangat-sangat la aktif. semoga dipermudahkan semuanya nanti. amin ya rabbal alamin..


wassalam

Monday 26 May 2014

Prenancy story - 1st shopping barang baby

assalamualaikum

baru-baru ni ada expo mom & baby kt midvalley megamall. kebetulan persiapan untuk baby takde apa yang beli lagi. sebelum ni just survey-survey dekat internet je. apalagi aku dengan gigihnya hari sabtu tu pergi la menapak kat expo tu. biasala kalau expo macam gini memang ramai la. parkine sebesar-besar midvalley tu pun memang full. haishh memang pening kepala dengan ramai orang extra jem lagi. biasala nama pun keyel kan.

malas nak panjang cerita aku shoping dua tiga helai baju untuk baby.


disebabkan jantina baby belum tau lagi jadi aku ambik je yang besesuaian untuk dipakai boboy dengan gegirl. ada dalam 10 helai jugak aku capai hari tu. done!!!
 banyak-banyak karang membazir plakkan, walaupun dalam hati ni semua benda nak capai. haisshhh rambang mata habaq hang.


Wassalam

Thursday 15 May 2014

Alhamdulillah rezeki anak

assalamualaikum...

semalam en.somi call dapat berita gembira. en.somi dah pun dapat tukar kerja dekat melaka. alhamdulillah syukur sangat pertukaran en.somi dapat tukar ke melaka cepat gak. hari isnin 19/5 ni dia dah kena lapor diri dekat tnb bandar kaba melaka.

selepas ni senang la sikit nak cari umah sendirikan. nak jumpa pun senang sebab cuti pun dah sama. sabtu ahad sebelum ni johor cuti jumaat sabtu. memang terhad la masa nak berjumpa.

alhamdulillah syukur dengan rezekimu ya allah

Wassalam

Monday 12 May 2014

prenancy story part 2 - 1st checkup

assalamualaikum..(25/01/2014)

genap dalam seminggu lebih selepas buat test upt. dalam minggu depan tu aku dengan en.somi pegi la buat checkup dekat klinik.

alhamdulillah..aku dah pun mengandung dalam 6minggu lebih dan due date dijangka dalam bulan September 27hb. 

syukur Ya allah dengan rezekimu


wassalam 

prenancy story part 1 - Alhamdullilah rezeki tahun baru

assalamualaikum....

alhamdulilah...alhamdulillah...alhamdulillah...
perkataan syukur yang tak terhingga dengan rezeki dari Allah swt

entri ni dah tertangguh 4 bulan dah, duk terperam macam pekasam dalam draf ni. harini la baru ada mood nak karang dan edit balik hihi. kemain lama kan terperam.
alhamdulillah hampir 5 bulan kawen aku pun positif mengandung. ohoooooooiiii perasaan tu tak tau macam mana nak bagi tau. sedih gembira semua becampur-campur aihh.

awal Januari sepatutnya period 16hb tapi dah 18hb period tak muncul-muncul lagi. dah lewat 3 hari.masa tu dah excited sangat sebab period tak pernah lewat sebelum ni. bagitau en.somi, en.somi suruh tunggu sampai seminggu lewat baru cek upt. aku dengan tak sabarnya terus cek. seawal pukul 4pagi aku terjaga nak terkucil pe lagi terus la buat upt. tapi ohh tidak kputusan mengecewakan huhu.telefon en.somi awal-awal pagi buta menangis sebab keputusan upt negatif. pastu en.somi bebel-bebel sebab buat test upt cepat sangat hehehe. selepas tu berdebar lagi dah 5 hari period tak muncul lagi. perasaan excited dah mengila-gila ni. seawal pukul 4pagi jugak aku terbangun nak terkucil dan terus buat upt. alhamdulillah kali ni keputusan positif dah nek 2 line walaupun samar-samar heheheh.

genap seminggu period tak muncul aku buat lagi upt. masuk ni dah 3kali aku wat upt. kali mau tau la line dah terang sangat. heheheh.alhamdulillah. 

I'm pregnant now.

wassalam