Thursday 27 December 2012

2nd appointment for braces

Assalamualaikum...

Hari ni 2nd appointment aku ngan Dr.Gigi untuk permulaan nak pakai braces.Mai aku listkan prosedur yang nak kena buat sebelum hampa (korang) semua yang ada hati nak pakai braces (pagaq gigi tu heheehe)..

Tengok gambar kat sebelah, tu la benda alahnya braces.
Mana la tau kan ada yang tak tau benda apa tu braces tu.

First sebelum hampa nak pakai braces:-

1. budget (hahahaha ni sangat penting kalau RM a.k.a budget tak da jangan la hampa duk mengatai nak pakai benda ni)

2. Survey dulu mana-mana klinik gigi yang meyediakan atau menawarkan perkhidmatan braces ni. Kalau bahasa sainstifik dia panggil orthodontic. Tengok kos yang depa (diorang) kenakan. Setiap klinik tak sama, ada yang murah ada yang mahal. Klinik yang aku nak buat ni kos semua RM5000..Deposit RM1500,bulanan RM145..jangan risau bukannya kena bayaq sekaligus RM5000 tu..Klinik kat Ampang.KLINIK IDRAMAWAR.

3. Dah pilih klinik mana yang hampa berkenan, so buat la appointment untuk consultation. Kira sesi consultation ni Dr. akan bagi advise la samada sesuai pakai braces ke tidak. Kos untuk consultation ni dalam rate RM30 macam tu la.

4. Selepas consultation tu Dr. akan suruh hampa pi buat X-ray untuk tengok keadaan gigi dan gusi kita ni. Kos untuk buat X-ray ni RM110 sahaja. Tak semua tempat ada buat X-ray ni. Kalau kawasan Ampang ni kat Hospital Ampang Puteri dengan Hospital Gleneagles ni yang terdekat la. Selepas buat X-ray Dr. akan cek la samada gigi kita sesuai pakai braces ke tak.

Ok setakat ni dulu la aku kongsi dengan hampa.Len entri aku updates len pasal pemakaian braces ni. In Shaa Allah.



Wassalam.........


 

No comments:

Post a Comment